Tuesday, October 06, 2009

Al-Quran itu diturunkan untuk siapa?

Assalamu Alaikum,

Saya ada terbaca berita petikan akhbar hari ini bahawa:

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: "Pas perlu menjelaskan mengapa mereka membenarkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan membaca ayat suci al-Quran dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang."

Orang bukan Islam tidak boleh baca Al-Quran?

Sekadar peringatan, bukankah Al-Quran itu Allah turunkan untuk semua umat manusia supaya mereka beriman? Mengapa pula harus UMNO meminta PAS menjelaskan mengapa mereka membenarkan seorang bukan Muslim membaca ayat suci Al-Quran? Tidakkah orang-orang UMNO mengkaji sejarah Islam dimana Sayidina Umar ibnul Khattab pernah merampas al-Quran daripada saudara perempuannya ketika beliau masih belum beriman. Kemudian beliau terbaca ayat-ayat al-Quran dalam Surah Toha semasa beliau masih kafir. Oleh kerana kesan ayat itu begitu tepat menerjah dalam lubuk hatinya, beliau lantas sedar dan insaf sehingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.

Bacalah keseluruhan ayat ini (Al-Araf [7:179]):



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Tidakkah ayat-ayat ini menggentarkan hati-hati kita yang mengambil ringan akan ayat-ayat Allah?

Wallahu 'Alam.

http://www.guidedways.com/chapter_display-chapter-7-translator-11.htm#179

Sent using iQuran (www.GuidedWays.com)

Sent from my iPhone 3G
[Edited online]

Thursday, October 01, 2009

Tweetie

Check out this application:

http://itunes.apple.com/WebObjects/MZStore.woa/wa/viewSoftware?id=296415944&mt=8

Or better still just wait for a few more days for the Tweetie 2 release.

Sent from my iPhone 3G